Thursday 7 November 2013

Galing Rough Ride Challenge 2013




SALAM 1 MALAYSIA

Galing Rough Ride Challenge 2013 
telahpun selesai dengan jayanya pada 29 Disember 2013
bermula dari Dataran Komander 
Markas Briged Tenggara PGA Kem Bukit Galing
Kuantan Pahang.

Selaku Penganjur GRRC2013, kami
Urusetia dan semua warga kerja yang menjayakan
program ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada YDH Komander Briged Tenggara PGA
SAC Dato' Azizan Bin Abu Taat 
diatas idea dan sokongan beliau bagi memastikan
program ini berjalan dengan jayanya dan juga
kepada SUPT. Norizan B. Murad selaku Pengerusi
yang menerajui program
BSN-Community-PDRM
Galing Rough Ride Challenge 2013.

Sekalung penghargaan juga kepada pihak 
BANK SIMPANAN NASIONAL PAHANG yang telah sudi
menaja program ini dalam memberi sokongan
berbentuk material dan moral dari mula hingga
tamatnya program GRRC2013.

Kelab Basikal Kem Galing selaku penganjur utama
program ini juga ingin merakamkan ucapan
terimakasih diatas kesudian penaja-penaja sampingan
iaitu GIANT, CICLISTA, 100 PLUS, EXITWAY,
KENG HO MOTOR, AH SUN MOTOR, 
MOHD MIN TRADING, JBS BIKE, UG ENGINEERING.

Kami juga tidak melupakan semua peserta yang
telah mendaftar sebagai pengayuh didalam GRRC
yang telah banyak memberi info dan sokongan
moral sehingga kami berjaya mengadakan program ini
dan sentiasa bersama kami sehingga 
penamat program GRRC2013.

Kepada peserta yang merasa banyak kekurangan
dan kelemahan dalam menganjurakan program ini, 
kami dengan rendah hati memohon maaf 
dan akan memperbaiki segala kelemahan
dan kekurangan pada masa akan datang.

akhir kata

"Berkayuh Untuk Kesihatan"

Presiden 
Kelab Basikal Kem Galing